Entry: Bintang-bintang ke Syurga Tuesday, July 28, 2009



Bintang-bintang ke Syurga ~ Xarine
Jemari Seni Publishing

 

 

bintangksyurga-web

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang  kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. 

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.  

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah. 

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?  

* * * *

Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.  


 

-----------------------

Mulanya aku macam hendak tak hendak saja membaca novel ini, semakin banyak novel yang berunsur Islami membuatku skeptik, adakah ia taktik pemasaran? memandangkan penggemar novel-novel mula cenderung membaca novel begini.  Yep, aku berburuk sangka...

Bahasa Xarine klasik, bagai membaca novel dahulu kala.  Kata-katanya tertib bersopan, ayat-ayatnya berbunga, jadi agak lambat juga aku mahu menghabiskan novel ini.  Jalan ceritanya pun klasik, kisah kehidupan hero yang susah dan bertemu dengan seorang gadis kaya raya.

Aku tidak ingat, di mana titik mula aku teruja dengan novel ini.  Sisipan ilmu dan agama ku peluk kemas dalam hatiku, aku mula mengetepikan prejudisku dan mengkhatamkan novel ini.  Jadi rasaku, tidak rugi memiliki novel ini.  Tahniah Xarine, satu permulaan yang menarik

   2 comments

Khairi
August 5, 2009   01:26 PM PDT
 
Thanks for the comment. InsyaAllah, masih baru menulis, jadi byk lagi kelemahan yang perlu diperbetulkan.
ct ayuni
August 9, 2009   11:40 AM PDT
 
Dah baca jugak novel ni. Ok la..
Anyway for antubuku yang tak pernah jemu-jemu menghidupkan dunia perbukuan.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments