Entry: d' blur - Ellis Gee Wednesday, March 25, 2009



Tajuk : D'Blur
Pengarang : Ellis Gee
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-38-6
Mukasurat :

 

Namanya Hetty Nur. Sebab my dad minat Hetty Kos Endang.

Nama lainnya Hetty Blur. Sebab sikapnya yang kebodoh-bodohan, jadi Club 5 memberi jolokan itu. Walaupun dia blur tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk belajar ke peringkat diploma dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang lumayan pendapatannya agar dapat membantu keluarga yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Dia bukan Blur sembarangan.

Dia mungkin Hetty Blur, selalu dikenakan rakan yang mahu menguji tahap blurnya. Dan, dia memang sering terkena. Tapi dia bukan blur sehingga tidak tahu mengenakan semula. Cuma... kenapa tiap kali dia mahu membalas perbuatan ‘rakan’ itu, dia yang terkena semula? Adakah dia terlalu blur sehingga tidak mampu mengenakan semula pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya?

Dan Robbie, the man of my dream, bolehkah kau menjadi milik aku, Hetty Blur?

Aku tertarik dengan judul dan blurb novel ini.  Nampak macam ‘happenning’ (kata manusia zaman ini).  Heroin dengan karakter ‘blur’ bukan suatu yang unik, tapi heroin ini memang betul-betul blur.  Nama pengarang pun bukan macam Melayu.

 

Hetty sebagai narrator adalah watak utama.  Sikapnya yang kebodoh-bodohan itu walaupun menggelikan hati tapi boleh juga membuatkan geram.  Dia hidup dalam dunianya sendiri, dalam ‘make believe’.  Kelangsungan hidupnya didominasi ‘my dad’.  Dia memang anak kesayangan papa.  Tahap pemikirannya sangat tidak matang mungkin sebab dia terlalu dimanjakan.  Tapi novel ini bukan hanya tentang dia dan ‘my dad’ tapi juga tentang kehidupannya di luar lingkungan famili, tentang teman-teman sekolej, tentang teruna idamannya.

 

Jarang sekali membaca novel yang semua ceritanya berpusat pada narrator.  Semuanya berkisar dari pandangan dan pengalaman narrator.  Ia bagaikan membaca jurnal peribadi dalam blog.   Rasaku tentang novel ini, menarik walaupun kadangkala aku rasa 'slow'.  Secara keseluruhannya, aku menikmati novel ini dengan gayanya yang segar dan menghiburkan.  Peringatan: ini adalah novel remaja.

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments