 Antu Buku Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera.
Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….
~~@~~ ~~~~~~~~~~tinggalkan jejak mu di sini ~~~~~~~~~~~~
|
 |
Tuesday, March 31, 2009
Bila Nysrah Kata Tak Mahu - Aidil Khalid

Apa yang Nysrah tak mahu?Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana! Kenapa pula Nysrah tak mahu? Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya? Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.
Teruja dengan respon baik pembaca-pembaca novel ini. Ia memang seperti yang dikatakan. Satu penulisan yang lain, tersendiri, dinikmati juga untuk jadi renungan. Sebuah naratif yang menarik, kisah Nysrah, yang penuh dengan cerita dan pengajaran. Menyudahkannya dengan rasa tidak puas, dengan rasa tertanya-tanya "apa jadi pada Nysrah?" Rasa sangat tidak puas kerana ia tidak ada 'happy ending' yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Ia adalah cerita realiti.
Posted at 3/31/2009 8:55:34 pm by antubuku
Permalink
Wednesday, March 25, 2009
Tajuk : D'Blur Pengarang : Ellis Gee Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd ISBN : 978-983-3880-38-6 Mukasurat :

Namanya Hetty Nur. Sebab my dad minat Hetty Kos Endang.
Nama lainnya Hetty Blur. Sebab sikapnya yang kebodoh-bodohan, jadi Club 5 memberi jolokan itu. Walaupun dia blur tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk belajar ke peringkat diploma dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang lumayan pendapatannya agar dapat membantu keluarga yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Dia bukan Blur sembarangan.
Dia mungkin Hetty Blur, selalu dikenakan rakan yang mahu menguji tahap blurnya. Dan, dia memang sering terkena. Tapi dia bukan blur sehingga tidak tahu mengenakan semula. Cuma... kenapa tiap kali dia mahu membalas perbuatan ‘rakan’ itu, dia yang terkena semula? Adakah dia terlalu blur sehingga tidak mampu mengenakan semula pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya?
Dan Robbie, the man of my dream, bolehkah kau menjadi milik aku, Hetty Blur?
Aku tertarik dengan judul dan blurb novel ini. Nampak macam ‘happenning’ (kata manusia zaman ini). Heroin dengan karakter ‘blur’ bukan suatu yang unik, tapi heroin ini memang betul-betul blur. Nama pengarang pun bukan macam Melayu.
Hetty sebagai narrator adalah watak utama. Sikapnya yang kebodoh-bodohan itu walaupun menggelikan hati tapi boleh juga membuatkan geram. Dia hidup dalam dunianya sendiri, dalam ‘make believe’. Kelangsungan hidupnya didominasi ‘my dad’. Dia memang anak kesayangan papa. Tahap pemikirannya sangat tidak matang mungkin sebab dia terlalu dimanjakan. Tapi novel ini bukan hanya tentang dia dan ‘my dad’ tapi juga tentang kehidupannya di luar lingkungan famili, tentang teman-teman sekolej, tentang teruna idamannya.
Jarang sekali membaca novel yang semua ceritanya berpusat pada narrator. Semuanya berkisar dari pandangan dan pengalaman narrator. Ia bagaikan membaca jurnal peribadi dalam blog. Rasaku tentang novel ini, menarik walaupun kadangkala aku rasa 'slow'. Secara keseluruhannya, aku menikmati novel ini dengan gayanya yang segar dan menghiburkan. Peringatan: ini adalah novel remaja.
Posted at 3/25/2009 11:41:45 am by antubuku
Permalink
Thursday, February 05, 2009
Ku Seru Kasih Mu - Izzul Izzaati
|
|
Penulis : Izzul Izzati RM Semenanjung : RM18 RM Sabah Dan Serawak : RM14 Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai 'muka tembok' demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati?
| |
Ceritanya adalah cerita cinta berpuluh segi . Afrina (heroin) cintakan Hakimi, Haliza bercinta dengan Hakimi, Hakimi cintakan Tasha, Tasha girlfriend Azlan, Johar suka Afrina, Afrina kahwin dengan Hakimi, Zaidi suka Afrina dan Emilia bertunang dengan Khairil. Oh... Emilia tu tidak termasuk dalam cinta puluhan segi tu, tapi dia pelakon pembantu; kawan kepada Afrina. So how complicated you want a story be??
Mulanya aku malas hendak membaca novel ini, sebabnya pada awal pembacaanku aku meramal novel ini sebagai novel 'keciwa, penuh bunga bahasa dan airmata' . Sebagai pembaca yang telah banyak membaca novel, novel yang berlabel 'jiwang karat' semakin menjemukan, jadi agak lama juga aku KIVkan novel ini. Setelah mood membaca pulih barulah aku membuka semula novel ini dan ia tidaklah seteruk yang aku sangkakan.
Rasaku novel ini termasuk dalam senarai boleh baca terutama bagi penggemar cerita cinta yang sempurna dengan penyudah yang menggembirakan. Dari segi persembahan pula (gaya dan bahasa), biasa-biasa saja. Jadi Izzul kena cari faktor X untuk lebih berjaya 
Posted at 2/5/2009 1:31:23 pm by antubuku
Permalink
Monday, January 26, 2009
ASING Najwa Aiman (Remaja) Creative Ent. 2008

-Tatkala manusia secara fitrahnya berkehendakkan teman, mereka memilih untuk dipinggirkan -
Asing, sebuah novel pengembaraan dua orang remaja ke Gunung Ledang. Sebuah cerita yang penuh misteri mengingatkan aku pada cerita sains fiksyen dahulu kala. Kalau cerita itu ala-ala Star Wars, cerita yang ini pula ala-ala sebuah filem Barat yang aku tidak ingat namanya. Di mana sekumpulan manusia hidup dalam hutan dengan undang-undang mereka sendiri.
Ya gabungan novel fiksyen sains dan filem itu menjadi Asing. Kalaulah aku tidak membaca bahagian hujung terlebih dahulu tentulah cerita ini akan menjadi 'saspen' sangat 
Untuk yang dah terlebih remaja, juga untuk remaja, rasaku ia novel yang menarik untuk dibaca, walaupun sangat tidak masuk akal a.k.a luar alam punya imajinasi.
Posted at 1/26/2009 6:34:02 pm by antubuku
Permalink
Thursday, January 15, 2009
Bahang Selatan |
|
Penulis : Aimy Najwa Penerbit: Kaki Novel
2008
.jpg)
Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disusuri sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku. Setiap belok menjanjikan bencaba. Setiap kelok menazarkan malapetaka. Tiada sebutir bintang yang bersinar dimalam gelap-gelita. Tiada sehembus angin di siang yang membara.
Mungkin dalam membuat pilihan, dia terlupa bahawa keputusan untuk tidak memilih itu sendiri merupakan pilihan baginya.
Blurb yang menarik ku rasa. Seperti sebuah cerita misteri. Cerita perjalanan 3 sekawan - Adi, Fazli dan Syamsul mengingatkan aku pada 4 sekawan dalam 'Untuk Kau Dan Aku'. Cuma kali ini pembaca dibawa ke Selatan makan angin di sekitar JB.
Ketika di JB terjadi beberapa insiden yang menyerlahkan ke'kepoh'an 3 sekawan ini yang bagiku bukanlah sesuatu yang menarik untuk dibaca. Kabarnya (bagi orang yang sudah khatam novel ini) ceritanya beransur menarik pada bahagian tengah, maka atas alasan itu aku cuba membaca di bahagian tengah mencari titik yang menarik itu, kemudian aku lompat ke hujung dan aku masih tidak faham dan tidak bertemu apa yang menarik dalam kisah 3 sekawan yang kepoh.
Jadi kesimpulannya, novel ini rasaku adalah sebuah novel eksperimen yang cuba lari dari konsep novel popular yang lebih memberi penekanan dalam hubungan 2 orang yang sedang bercinta iaitu hero dan heroin. Bagaimanapun 'kisah cinta' tetap ada dalam novel ini dan dihidangkan dalam gaya yang berlainan selain cuba mengetengahkan isu-isu moral yang semakin membudaya dalam masyarakat Melayu kini.
Oleh itu, terserahlah bagi anda jika ingin membacanya, bagiku ia sebuah novel yang menarik untuk menambah koleksi yang sedia ada. Terima kasih Aimy Najwa. Teruskan bereksperimen
antubuku |
Posted at 1/15/2009 9:48:13 pm by antubuku
Permalink
Wednesday, May 07, 2008
Menanti Kasih - Norzailina Nordin

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...
Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?
Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.
--------------------
Saya tidak menyangka akan membaca sebuah 'thriller' hasil buah tangan Norzailina Nordin. Saya juga seperti baru pertama kali membaca karya Norzailina (dan saya juga bukan peminat buku masakan)
Kisah percintaan 2 sahabat yang telah lama terjalin, cintakah itu atau hanya rasa selesa bersama? lalu bila Giovanni muncul menghantar ledakan dalam jiwa Farhana dia menjadi kalut. Cintakah itu?
Saya suka membaca novel ini, gaya penulisannya segar dan ranggi dan saya telah mengkhatamkanya dengan cepat tanpa rasa jemu.
Nota: Inginkan hadiah membaca novel ini? lawati laman blog Norzailina.
Posted at 5/7/2008 3:28:49 pm by antubuku
Permalink
Monday, April 28, 2008
Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni

Sinopsis
Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.
Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.
Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.
Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.
Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?
~~~~~)<@
Novel ketujuh Anis Ayuni ini membingungkan aku. Ya, bingung amat. Seperti membaca skrip untuk tayangan A$tro Aruna . Terkesan dengan lokasi Padang, Indonesia jadi tulisan Anis Ayuni keIndonesiaan. Namun itu cuma untuk bab-bab pertama sebelum Anis kembali dengan gaya penulisannya yang biasa.
Kali ini Anis memaparkan kisah kehidupan adik beradik yang tidak sekepala juga kisah hidup berumahtangga yang tidak selamanya indah saja. Banyak pengajaran yang dapat dikutip dalam novel ini, seindah biasa.
Posted at 4/28/2008 3:32:32 pm by antubuku
Permalink
Saturday, April 26, 2008
Tentang Dhiya oleh Syud
|
|
|
Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu: Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!
Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!
**~** SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.
.......................
Bergaduh dan akhirnya bercinta.... klise, basi, lapok, tak bosan kah? Begitulah yang biasa ditanyakan bila membaca cerita sebegini. Kalau sudah tahu 'ending' buat apa lagi nak membaca??
Rata-rata novel cinta akan berakhir dengan kegembiraan, cuma sedikit saja yang menamatkan dengan cerita yang tergantu-gantung atau kematian. Jadi plot cerita sudah tidak menjadi isu lagi, selain cerita yang boleh diterima logik, gaya bahasa dan penyampaian menjadi tarikan utama sesebuah novel cinta.
Lalu bila ada yang bertanya pabila aku selesai membaca novel ini, "best ke?", aku terdiam, mencari rasaku. Kalau ikut 'sifir' ku, mana-mana novel yang boleh khatam dalam masa 24 jam diklasifikasikan sebagai ok boleh baca, mana-mana novel yang aku ulang baca sudah boleh dianggap best. Tapi bila memikirkan 'tang' mana yang best aku sendiri tidak tahu.
Membaca novel ini bagaikan membaca catatan hidup Dhiya (yang lebih suka dipanggil Lisa) dengan karektornya yang 'blur' dan tak berperasaan membuatkan aku juga rasa tidak berperasaan. Jadi untuk menjelaskan rasaku aku pinjam kata-kata editorial JS :
SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.
Tahniah Syud (wah susah benar antu nak bagi pujian) |
Posted at 4/26/2008 3:08:41 pm by antubuku
Permalink
Monday, April 21, 2008
Lili buat Najah - Nazurah Aishah
|
Lili Buat Najah oleh Nazurah Aishah |
|
|
|
telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.
Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...
Tulis Najah: apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?
Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!
+++++
Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.
Rasaku: Aku memilih untuk membaca novel ini menduga ianya sebuah cerita komedi, kerana penulisnya mengaku suka ketawa. Rupanya dugaanku jauh tersasar (nota untuk diri sendiri: jangan menghakimi buku melalui penulisnya )
Plot cerita cinta yang biasa, cinta terlarang akhirnya mendapat restu, tapi dugaan lain pula datang menduga... namun gaya penulisan Nazurah Aishah tidak membosankan. Malah terhanyut pula aku hingga membaca sehingga ke akhirnya bertemankan airmata.
Aku pada ketika ini tidak berminat untuk membaca cerita-cerita sedih atau komplikated. Kepalakuku pada masa ini cuma menghadam karya yang dapat meringankan kepala dan menghiburkan. Walaupun ceritanya sedih, Nazurah mempunyai gaya penulisan yang bersahaja, tidak berbunga, tidak juga terlalu selamba. Satu pujian untuk Nazurah, semoga terus menghasilkan karya-karya. Siapa kata novel airmata tidak menghiburkan?! (lagi pesanan untuk diri sendiri)
|
Posted at 4/21/2008 4:51:32 pm by antubuku
Permalink
Thursday, February 28, 2008
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
- membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
- membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian... Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz
Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert’s Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.

Satu lagi karya Hlovate (masih tak tahu macamana nak sebut nama ini) yang menempatkan dirinya 'lain dari yang lain'.
Kisahnya, seorang doktor berkahwin dengan seorang insinyur, tapi cerita pertemuan bermula lama sebelum itu. Kisah zaman sekolah, rasa 'suka' si gadis yang musnah kerana ulah si teruna. Dan benci yang tahap orbit itu berganti sayang dalam sebuah perkahwinan yang dirancang keluarga. Kisah pertemuan yang tak tersangka, dikelabui penyamaran diri, kisah hubungan di cyber yang memedihkan, kisah pengkhianatan atas nama cinta.
Jadi apakah yang membuatkannya lain jika saban hari kita disajikan 'kisah cinta' seumpama itu? Padaku, tentunya penggunaan bahasa yang pelik dan bombastik yang menjadi identiti Hlovate. Gayanya yang tersendiri dalam melakarkan cerita memang menarik dan unik. Penggunaan kata 'haila..', daulat, bahasa istana dan makian dalam bentuk nama ubat/racun dan beberapa perkataan saintifik yang sering digunakannya menjadi sebati dengan dirinya dan menjadikan kata-kata itu 'miliknya peribadi'
Kali kedua membaca tulisannya aku merasa seperti membaca ulangan cerita yang sama karektor dan sama nada tapi dalam kisah yang lain (Schubert's Serenade), tapi untuk kali yang ketiga ini, aku sudah menerima Hlovate dengan segala kosa kata yang termaktub dalam penulisannya.
Bagaimanapun Hlovate telah membiarkan gayanya terdedah dengan risiko pengulangan yang mungkin akan menjadikannya statik dan tipikal (karakter heroin yang sama, watak keras, thrasher, pencinta muzik terutama rock), dan karya yang hanya dapat diterima golongan tertentu sahaja.
Rasaku, aA+bB sebuah novel yang menarik untuk dibaca dan berbaloi untuk dimiliki. Sepadan dengan tajuknya, begitulah isinya, bagaimanapun penghujungnya agak perlahan mungkin juga pipiku sudah lenguh menyungging senyum sepanjang pembacaanku. Tahniah Hlovate.
Posted at 2/28/2008 10:36:01 am by antubuku
Permalink
|