 Antu Buku Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera.
Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku Antu Buku. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, Apa yang ku rasa
mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa
.
~~@~~ ~~~~~~~~~~tinggalkan jejak mu di sini ~~~~~~~~~~~~
|
 |
Tuesday, July 28, 2009
Bintang-bintang ke Syurga
|
Bintang-bintang ke Syurga ~ Xarine Jemari Seni Publishing
|
| |

Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
* * * *
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi. |
|
|
-----------------------
Mulanya aku macam hendak tak hendak saja membaca novel ini, semakin banyak novel yang berunsur Islami membuatku skeptik, adakah ia taktik pemasaran? memandangkan penggemar novel-novel mula cenderung membaca novel begini. Yep, aku berburuk sangka...
Bahasa Xarine klasik, bagai membaca novel dahulu kala. Kata-katanya tertib bersopan, ayat-ayatnya berbunga, jadi agak lambat juga aku mahu menghabiskan novel ini. Jalan ceritanya pun klasik, kisah kehidupan hero yang susah dan bertemu dengan seorang gadis kaya raya.
Aku tidak ingat, di mana titik mula aku teruja dengan novel ini. Sisipan ilmu dan agama ku peluk kemas dalam hatiku, aku mula mengetepikan prejudisku dan mengkhatamkan novel ini. Jadi rasaku, tidak rugi memiliki novel ini. Tahniah Xarine, satu permulaan yang menarik |
|