Bila Nysrah Kata Tak Mahu - Aidil Khalid

Apa yang Nysrah tak mahu?Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana! Kenapa pula Nysrah tak mahu? Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya? Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.
Teruja dengan respon baik pembaca-pembaca novel ini. Ia memang seperti yang dikatakan. Satu penulisan yang lain, tersendiri, dinikmati juga untuk jadi renungan. Sebuah naratif yang menarik, kisah Nysrah, yang penuh dengan cerita dan pengajaran. Menyudahkannya dengan rasa tidak puas, dengan rasa tertanya-tanya "apa jadi pada Nysrah?" Rasa sangat tidak puas kerana ia tidak ada 'happy ending' yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Ia adalah cerita realiti.