kopi susu sepatu biru-Ruby Hazri
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!
Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
|
Rumah No. 11 |
Rumah No. 9 |
|
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api. |
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati. |
| |
|
|
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

|
Pesan yang bagi pinjam buku, baca bahagian tengah kebelakang. Khabarnya, bahagian awal novel ini perlahan (membosankan??) Bagaimanapun, aku telah memulakan pembacaan dari bab Pertama sehingga ke akhirnya, kalau pun melompat para dan laman.
Rasaku Kopi Susu Sepatu Biru adalah sebuah novel yang menghiburkan dan lucu. Berlainan sekali dengan novel pertama Ruby - Percayalah, yang begitu lunak dan sentimental. Dari awal lagi aku tersenyum tak cukup pipi.
Sebuah novel komedi yang cukup rasa, cuma babak rompakan begitu longgar dan adalah mengejutkan bila tiba-tiba ada hero yang menyelamatkan heroin dan tidak pula diketahui bagaimana ia berlaku.
Syabas Ruby, semoga terus berkarya.